RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 3
Tarikh : 15.05. 2012
Masa : 10.35 pagi - 11.35 pagi
(60 minit)
Tahun : 3 Cengal ( 32 orang)
Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk : Boneka Ular
Kemahiran : 3.1.3 Memerhati bentuk,
benda-benda alam dan buatan manusia untuk memahami fungsinya.
: 3.2.2
Meneroka dan memastikan kesesuaian ciri-ciri bahan dan alat untuk menghasilkan binaan.
: 3.3.2 Mengetahui bagaimana bahan-bahan tertentu dilekat dan dicantumkan bagi menghasilkan
sesuatu objek.
: 3.4.1 Berbincang dan menilai hasil bentuk
rekaan dan binaan dari segi proses membuat bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
Objektif :
Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:
1. Menyebutkan empat contoh boneka di rumah.
2. Menggunakan
alat dan bahan yang sesuai untuk membuat boneka.
Penerapan
Nilai : Sabar, tekun, berwaspada
KBKK : Mencetus idea, menganalisis
Bahan Bantu Mengajar : ‘Story Board’,
Komputer riba, LCD, slaid,
Bahan Bantu Belajar : Pelbagai
Boneka, sarung kaki terpakai, butang (mata patung), kain flanel merah/hitam atau perca kain, gunting, "hot glue gun", kad manila
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat boneka dan patung
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat boneka dan patung
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SET
INDUKSI (5 minit)
1. Murid-murid
ditunjukkan contoh-contoh boneka yang dibawa.
2. Guru
bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan boneka.
3. Guru mengaitkan
boneka dengan isi pelajaran.
LANGKAH 1
(10 minit)
1. Murid
diberikan penjelasan tentang penghasilan boneka daripada sarung kaki
berdasarkan “Story Board”.
2. Murid
diminta duduk di dalam kumpulan yang telah siap diagihkan.
3. Murid diedarkan
nota langkah-langkah membuat boneka daripada sarung kaki serta memahaminya.
4. Murid ditayangkan video penghasilan boneka ular dan
memberikan perhatian yang sepenuhnya agar dapat membuat boneka dengan baik.
5. Murid
diminta menyenaraikan langkah-langkah penting dalam penghasilan boneka termasuk
aspek keselamatan.
LANGKAH 3 (30
minit)
1. Setiap
kumpulan diminta mengeluarkan alatan dan bahan yang dibawa untuk menghasilkan boneka ular.
2. Murid
menghasilkan boneka ular berpandukan nota yang diedarkan tadi secara bekerjasama dalam kumpulan.
3. Guru
beredar dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain sambil membimbing kumpulan yang kurang mahir
menggunakan peralatan seperti “hot glue gun”.
LANGKAH 4
(10 minit)
1.Setiap
kumpulan diminta menghias boneka yang
telah siap agar menarik.
2.Guru
membimbing kumpulan yang kurang mahir menghias boneka.
3 Guru
memilih beberapa hasil kerja murid dan mempamerkan kepada kelas.
PENUTUP (5
minit)
1.Murid
dipertontonkan dengan video penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.Guru
memaklumkan bahawa boneka merupakan bahan untuk bermain, berhibur, membantu dalam
pembelajaran dan boleh juga dijadikan sebagai hadiah.
3.Guru
merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menegaskan tentang aspek nilai
yang terdapat dalam aktiviti hari ini.
VIDEO PENGHASILAN BONEKA ULAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan