RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Tarikh                    : 3 April 2012

Masa                     : 10.35 pagi - 11.35 pagi

Tahun                    : 4 Cengal ( 36 orang)

Tema                     : Hargai Warisan Kita

Tajuk                     : Alat Muzik Tradisional Malaysia

Fokus Utama:

1. Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami.

Fokus Sampingan:

1. Membaca  kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
2. Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang dibaca dan   didengar.

Objektif:  Pada akhir pembelajaran murid dapat

1.Menyebutkan lima jenis alat muzik tradisional Malaysia.
2.Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.Menulis jenis-jenis alat muzik tradisional Malaysia berdasarkan kaum dan cara penggunaannya.

Pengisian Kurikulum: Sistem Bahasa
i)   Sebutan dan intonasi: Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.                                                   
ii)  Tatabahasa              : Kata kerja
iii)  Kosa kata               : dipalu, tradisional, digesel

Kemahiran bernilai tambah: i)Kecerdasan pelbagai: Linguistik, Interpersonal
                                          ii)Kemahiran berfikir   :  mengesan, menciri
                                          iii)Kajian Masa Depan
                                          iv)Konstektual

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid
Penyerapan ilmu   /  nilai murni            :  Pendidikan Muzik, menghargai, baik hati, menghormati

Penilaian                                            : Melengkapkan jadual jenis alat muzik dan cara menggunakannya.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: i) Bahan Multimedia: LCD, CD
                                                           ii) Bahan Bercetak   :Poster
                                                           iii) Bahan Maujud     :Kompang

Pengetahuan Sedia Ada                    : Murid pernah melihat alat-alat muzik tradisional seperti kompang.

AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

SET INDUKSI  (5 minit)
1.Guru menunjukkan kompang dan meminta dua orang murid memalu kompang.
2.Guru bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan kompang.
3.Guru mengaitkan kompang dengan isi pelajaran.

LANGKAH 1 (10 minit)
1. Murid diberikan petikan teks Alat-alat Muzik Tradisional Malaysia. (Lampiran A)
2. Murid membaca petikan dengan nada dan intonasi yang betul secara berkumpulan.
3.Guru meminta murid mengenal pasti jenis alat muzik mengikut kaum serta cara penggunaan.
4.Murid juga diminta menyenaraikan kata kerja yang diperoleh daripada petikan.

LANGKAH 2 (10 minit)
1.Guru menayangkan video alat-alat muzik tradisional mengikut kaum di Malaysia.
2.Murid diminta menyebutkan nama alat-alat muzik tradisional mengikut kaum.

LANGKAH 3 (15 minit)
1.Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan jenis-jenis dan kegunaan alat muzik.
2.Guru meminta setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk menjelaskan satu alat muzik tradisional
   serta informasi tentang penggunaannya.
3.Murid lain mendengar dan memberi maklum balas.
4.Kumpulan yang memberikan maklumat yang tepat diberikan markah.

LANGKAH 4 (15 minit)
1.Guru mengedarkan lembaran kerja. (Lampiran B)
2.Murid diminta melengkapkan jadual alat-alat muzik dengan maklumat yang betul.
3.Guru berbincang dengan murid berkaitan jawapan yang tepat bagi melengkapkan jadual.
4.Guru meminta murid menuliskan lima ayat lengkap berdasarkan petikan yang telah dibaca.

PENUTUP (5 minit)
1.Murid dipertontonkan dengan video alat-alat muzik tradisional.
2.Guru memaklumkan bahawa alat-alat muzik tradisional merupakan warisan negara yang perlu dijaga dan
   dihargai.
3.Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menegaskan tentang aspek nilai yang terdapat
   dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari ini.

Tiada ulasan: