Lampiran A

                                                              
 ALAT MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA



Di negara kita terdapat pelbagai jenis alat muzik tradisional. Alat muzik tradisional itu digunakan dalam majlis tertentu mengikut kaum.

     Antara alat muzik tradisional yang popular dalam kalangan orang Melayu ialah kompang. Kompang dipalu dengan sebelah  tapak tangan untuk menghasilkan bunyi. Selain kompang, gambus, gendang dan seruling juga dimainkan dalam sesuatu majlis. Gambus merupakan alat muzik bertali manakala seruling pula mempunyai beberapa lubang kecil.

    Selain kaum Melayu, orang Cina di negara kita juga mempunyai alat muzik tradisional tersendiri. Antaranya seperti  liu qin dan pipa yang  dipetik menggunakan hujung jari. Erhu pula alat muzik yang digesel dengan batang logam untuk menghasilkan   bunyi. Alat muzik tradisional Cina yang lain ialah gong dan serunai Cina iaitu dizi. Dizi mempunyai beberapa lubang kecil dan ditiup untuk mengeluarkan bunyi.

   Jika kaum Cina menggunakan alat muzik pipa yang dipetik, masyarakat India pula menggunakan sitar. Sitar dan sarod ialah sejenis alat muzik bertali. Alat muzik kaum India yang lain seperti nadaswaran, tabla dan sarangi. Nadaswaran ditiup untuk menghasilkan laras nada. Tabla pula dipalu dengan kedua-dua belah tapak tangan. Sarangi ialah alat muzik seperti biola.

  Sebenarnya terdapat berbagai-bagai jenis alat muzik tradisional yang lain di Malaysia. Misalnya sape, sompoton, rebana ubi, nakara dan rebab. Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah menghargai alat muzik tradisional tersebut agar tidak lenyap ditelan zaman.